Kelebihan Puasa Sunat Isnin dan Khamis.
Assalamualaikum..
Kejap je dah hari khamis..17 Januari 2013..
We are now at the third week of January.
Rasa masih lagi terdengar-dengar kawan2 wish happy new year. Now dah nk masuk bulan Februari.
Betul la kata org..Masa tidak akan menunggu kita..
kitalah yang perlu manfaatkan masa yang kita ada
dari berlalu begitu sahaja..
Actually irine niat ganti puasa hari ni..
tapi tak jadi plak sebab termakan roti dgn anak dlm kereta pg tadi..hahah..
(dugaan betul!!..)..
Insyaallah kene start jugak by next monday.
Kalau boleh tak nak lewat2 ganti puasa tahun ni..
Ya allah permudahkanlah..
Tengah2 browsing internet,
terjumpa interesting info pasal
Kelebihan Puasa Sunat
pada hari Isnin dan Khamis.
Azam tahun 2013 irine nak cuba amalkan puasa
every monday and thursday.
Hope niat murni ini diberkati allah.
Selain bagus untuk kesihatan badan,
Puasa sunat pada Isnin dan khamis
adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Apa kelebihannya?
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Segala amal dibentangkan
(oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb Al-Alamin)
pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis,
oleh itu aku suka amalku dibentangkan
semasa aku sedang berpuasa"
(Hadith Hasan Gharib- Riwayat Tirmizi)
Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus
Hari isnin mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut :-
"Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutuskan menjadi Rasul- atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan Al-Quran kepada Aku. "
(Hadith Sahih- Riwayat Muslim)
Daripada Hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari isnin ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inlah Baginda diputerakan hari maulidnya)
dan pada hari ini juga Al-Quran mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah
sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Hakikatnya inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun menyambut "Hari Maulid Al-Rasul" dan Malam Nuzul Al-Quran" dengan penuh kesyukuran.
Jom kita sama-sama tambah saham akhirat selagi ade peluang. Insyaallah!
Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan dikongsikan kepada insan-insan yang kita sayangi dengan harapan, kita semua berjumpa di satu tempat yang sama, Syurga.
Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Asr,
"Demi Masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Melainkan, orang yang beriman,
dan beramal soleh.
Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."
Wallahualam..
Labels: About Me, Islam, Kelebihan Puasa Hari Isnin dan Khamis, Kelebihan Puasa Sunat, Saham Kahirat, Sunnah Nabi

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home