Friday, July 12, 2013

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum,

Sehari sebelum puasa yang lalu, irine sekeluarga menerima berita nenek sebelah ayah telah pulang ke rahmatullah. 
Innalilah..
Walaupun pemergiannya di subuh 9 Julai 2013 tenang sekali..
kami sekeluarga sangat sedih dan berdoa semoga roh arwah nenek (kami panggil atok nab) dicucuri rahmat.
Belum sempat beliau menemui ramadhan yang indah tahun ini.
Tapi Allah lebih menyayanginya.
Arwah meninggal di usia 80 tahun kerana masalah paru-paru. Beberapa minggu sebelum pemergian beliau, keadaannya sihat dan ceria..Siap boleh menelefon anak-anak lagi.. Mungkin arwah tak nak anak-anaknya risau.
Namun, siapalah kita nak menolak ketentuan Allah. 
Ajal dan maut ditangannya.
Akhirnya atok nab pulang menemui penciptanya sehari sebelum Ramadhan tiba.
Walaupun kami tidak rapat..perasaan sedih tetap ada kerana kehilangan keluarga tersayang.
Kedua-dua atok dan nenek sebelah mak dan ayah sudah tiada.
Anak-anak juga belum sempat bermesra dengan oyang mereka.
Inilah sebuah kehidupan..hanya Allah yang maha mengetahui.
Mungkin esok giliran kita pula..

Semoga arwah atok nab ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AL- FATIHAH...
























Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home