Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum,
Semua orang dah siap2 nak balik raya.. ada jugak yang dah pun mula bercuti awal pulang ke kampung. Bagus jugak macam tu.. perjalanan balik kg lebih lancar dan kurang kesesakan jalanraya. Mesti hati berbunga-bunga dan seronok nak beraya bersama keluarga! Itu lah tradisi budaya kita..Pulang ke kampung beraya bersama keluarga tersayang menjadi perkara wajib. Tak lengkap rasanya kalau takde istilah balik kampung..hehhe
Masa zaman skolah hinggalah zaman universiti..irine dah biasa berjauhan dari keluarga.. paling jauh dulu belajar di Uitm Pahang.. kemudian di Uitm Melaka dan Shah Alam.. Walaupun x jauh mana tp suasana balik kampung tetap terasa..zaman beli2 tiket kat pudu..tetinggal bas express la.. naik bas lompat2 pun pernah! Ish kalau nk diingatkan mmg pengalaman yg indah yg xleh dilupakan. Now bila dah kerja kat Putrajaya dan dah berfamily ni.. tetap berjauhan jugakk.. xpe la kan.. independent kononnyer,,hehhe.. (padahal dalam hati.. tetap nk jugak ada istilah balik kg! ..hahah)
Macam irine..kampung halaman di Johor Bahru, Johor. Mak ayah dan keluarga terdekat masih ramai di sana. So memang teruja nak beraya di jb coz this year turn raya di sana..Yeayyy!! anak2 pun happy and x sabar nak balik kg.. ramai geng katanye..:)
Dalam kesibukan kita nak menyambut syawal ni..janganlah kita lupa kepada orang yang kurang bernasib baik. Panjangkan sedekah kita pada mereka..insyallah allah beri besar ganjaran balik kat kita.
Di kesempatan ini, irine nak mohon maaf jika terdapat salah silap, terdapat kata2 penulisan yang menyinggung perasaan, harap uols maafkan ye. Terima kasih juga kerana sudi singgah baca blog irine yang tak seberapa ini.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
dari irine sekeluarga.
Semoga hari raya disambut dengan penuh kesyukuran.
Berhati2 memandu pulang..
Jaga kesihatan dan elakkan pembaziran di bulan syawal.
Salam Sayang,
zahirine
Labels: 2013, selamat hari raya aidilfitri, zahirine


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home